Hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin dipertingkatkan lagi dengan termeterainya empat Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyaksikan majlis menandatangani MoU itu di New York pada pagi Jumaat waktu tempatan.